Wednesday, 2 August 2017

Sistem pembumian (Earthing / Grounding)

Sistem pembumian ini ialah suatu sistem yang di buat di antara logam dalam pemasangan elektrik dengan bumi. Dengan erti kata lain, ianya merujuk kepada sambungan litar elektrik ke bumi. Terdapat beberapa sebab mengapa litar elektrik di bumikan.

Antara sebab-sebab utamanya ialah :
1) Untuk keselamatan pengguna dimana ia melindungi pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila kebocoran arus elektrik berlaku dengan menyediakan laluan elektrik ke bumi.
2) Untuk mengekalkan voltage sentiasa dalam healthy phase (jika kerosakan berlaku di antara salah satu phase)
3) Untuk melindungi sistem elektrik dan bangunan daripada kilat.
4) Untuk mengelakkan dari risiko kebakaran berlaku dalam sistem elektrik.

Sistem pembumian merangkumi dua bahagian :
1) Pembumian sistem :
- mengasingkan sistem jika berlaku kerosakan.
- mengehadkan pottential difference antara pengalir yang tidak di tebat di sesuatu kawasan.
- menghadkan berlakunya voltan berlebihan (over voltage) dalam keadaan berbeza.
2) Pembumian peralatan :
- memberi perlindungan kepada pengguna/manusia.
- memberi satu laluan yang kurang rintangan ke bumi.
- jika berlaku kebocoran, kuasa elektrik mengalir ke bumi dan arus tidak mengalir ke badan manusia kerana rintangan ke bumi lebih rendah berbanding rintangan badan.

Cara-cara mengelak kebocoran arus :

  • Bertebat sepenuhnya.
  • Bertebat dua lapis.
  • Membumikan semua logam yang terdedah.
  • Mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa arus.

Piawaian antarabangsa IEC 60364 membahagikan sistem pembumian elektrik kepada tiga keluarga utama, dengan menggunakan kod dua huruf iaitu TNTT, dan IT.
Huruf pertama menandakan sambungan antara bumi serta peralatan bekalan kuasa elektrik (seperti janakuasa dan transformer):
T : sambungan terus ke bumi.
I : tiada titik sambungan ke bumi (pengasingan), kecuali melalui galangan tinggi.
Huruf kedua menandakan sambungan antara bumi serta peralatan elektrik yang dibekalkan kuasa:
T : sambungan terus ke bumi, bebas daripada sebarang sambungan yang lain ke bumi di dalam sistem bekalan;
N : sambungan ke bumi melalui rangkaian bekalan.
Rangkaian TN :
Di dalam sistem pembumian TN, satu daripada titik pada penjana elektrik atau transformer disambungkan ke bumi, biasanya pada titik sambungan bintang dalam sistem bekalan tiga fasa. Badan peralatan elektrik dihubungkan ke bumi melalui sambungan bumi pada transformer.

Wayar pengalir yang menyambungkan bahagian berlogam yang terdedah dipanggil wayar bumi (PE). Pengalir yang disambungkan ke titik bintang pada sistem tiga fasa, ataupun yang membawa arus balikan pada sistem fasa tunggal, dikenali sebagai neutral (N). Terdapat tiga varian utama sistem TN :

TN-S: Wayar bumi (PE) dan neutral (N) berasingan dari transformer ke unit pengguna, yang tidak disambungkan bersama pada mana-mana titik selepas titik pengagihan bangunan.

TN-C: Pengalir gabungan PE dan N sepanjang sistem dari transformer ke unit pengguna.

TN-C-S: Pengalir gabungan PEN dari transformer ke titik pengagihan bangunan, tetapi dipecahkan kepada pengalir PE dan N pada pendawaian dalaman kekal serta wayar kuasa boleh lentur.

TN-S-earthing.svg
TN-S
TN-C-earthing.svg
TN-C
TN-C-S-earthing.svg
TN-C-S



Rangkaian TT :Sunting

Di dalam sistem pembumian TT, sambungan bumi pengguna disediakan melalui sambungan tempatan ke bumi, bebas daripada sebarang sambungan pada penjana elektrik.
TT-earthing.svg
TT

Rangkaian ITSunting

Di dalam sistem pembumian IT, sistem pengagihan tidak mempunyai sebarang sambungan bumi, ataupun ia hanya mempunyai sambungan bergalangan tinggi. Di dalam sistem sebegini, satu alat pemantau penebatan digunakan untuk memantau galangan.
IT-earthing.svg

No comments:

Post a Comment